Tuesday, March 9, 2010

Mahu lihat budak Pekan pandai cakap Inggeris

Pandai banyak bahasa sangat menguntungkan lebih-lebih lagi pandai bahasa utama dunia, buat masa ini Bahasa Inggeris. Saya telah fikir hal ini sejak jadi PPD Maran tahun 2007 tetapi tidak dapat diterjemahkan kerana guru lebih berminat buat kelas jawab soalan UPSR. Suasana di Pekan nampaknya serasi dengan pemikiran saya. Saya ceritakan kepada Nordin dan Norrosda. Mereka faham, terus memanggil lima orang guru BI diketuai puan Noraini dari SK Tanah Putih. Mereka berbincang hingga dapat satu ketetapan. Kumpulan sasarannya ialah budak Kuala Pahang dan Serandu. Kami nak ubah tanggapan yang mengatakan anak nelayan tak pandai belajar. Kami akan adakan kem bercakap inggeris di Rompin Beach Resort dalam bulan April nanti. Saya akan beri gambaran yang lebih jelas lagi pada masa akan datang. Yang pentingnya pendidik di Pekan memang bersemangat tinggi. Mereka menyahut cabaran demi kemajuan murid. Adakah ini satu lagi ciri Watak Pendidik?

2 comments:

ღsapphireღ said...

sy sokong program ni..
kdg2 tu, bukan students xnak gne bahasa inggeris, cuma, keadaan sekeliling yg x memberi ruang untuk mereka mencuba..
pengalaman sy menjalani ROS selama 2 minggu ni di salah sebuah secondary school kat pekan, ad students yg xboleh nk faham simple english..
tp, dalam ramai2 tu, masih ad sejumlah besar yg nak blajar, cume, mentaliti tu je la yg nk kne ubah.....

Yahya Zainal Abidin said...

Ok saya punya idea macam ni. Nak kumpulkan budak Kuala Pahang dan Serandu dlm 30 orang, lepas itu panggil 10 orang budak tingkatan 4 SBPI yang cair BI. Saya memang pernah bercakap dgn mereka, ada yg macam Mat Saleh cakap hingga saya tak faham. Mereka sangat setuju kalau saya anjurkan. Baru idea aja, TQ anakku, kirim salam kepada abah MAT dan mama NORA.