Saturday, March 13, 2010

Apakah tindakan Guru Besar selepas tiga minggu membuat lawatan penanda aras di Maran dan Jerantut?

Apakah kesan selepas lawatan penanda aras? Saya telah memesan agar segera meniru yang baik. Lakukan segera. Barulah lawatan itu bermakna, kalau tidak ianya membazir masa dan wang sahaja.

Semalam saya berjumpa Encik Rashid GB SK Seri Biram. Saya bertanya apakah yang beliau dapat? Encik Rashid mengatakan SK Seri Biram memang telah laksanakan perhimpunan membaca waktu pagi tetapi tidak suruh budak bercakap menerangkan apa yang dibaca. Selepas lawatan itu, sekolahnya telah ikut cara SK Sentosa. OK tahniah GB dan guru SK Seri Biram. Ingat! untuk membentuk atau menerap budaya membaca, usaha itu mesti berterusan.

Sekolah lain bagaimana pula?
Sila beri komen atau jawapan anda dalam ruangan ini.

Sebentar tadi saya berjumpa Encik Ahmad Kamal, GB Tanjung Batu di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan. Saya bertanya apa yang dia dapat dan apa yang telah lakukan di sekolah. Beliau mengatakan telah memulakan aktiviti galakan membaca waktu pagi seperti SK Sentosa lakukan. Walau bagaimanapun sesi bercakap menerangkan apa yang dibaca belum dilaksanakan.
OK ini adalah langkah yang baik, meniru perkara yang berfaedah. Tahniah Encik Ahmad Kamal. Pastikan amalan membaca akan berkekalan walaupun selepas Tuan pencen. Terima kasih.

2 comments:

Taufiku San said...

lepas rombongan pergi sk chenor hari tu. Isnin berikutnya.. Izzul cakap.. guru besar dia cerita pasal sekolah Chenor masa perhimpunan.

Yahya Zainal Abidin said...

Ini cerita bagus, rupanya budak darjah dua dah boleh beri maklumbalas, tahniah kepada Izzul.