Dah tiga hari saya bercakap fasal yang berat-berat. Kali ini kita rehat minda pula. Ahad 22/5/2010 yang lalu saya ada program bersama JPNP dan JHEOA di SK Permatang Keledang, tak dapat ikut serta aktiviti mendaki Bukit Pelindung. Oleh kerana pegawai di PPD dah mula terpikat dengan Bukit Pelindung, mereka gagahi juga.
Baguslah, ada aktiviti rekreasi, boleh hilangkan penat bekerja tetapi masih dalam kumpulan sepejabat. Ini menandakan ada "team work". Tahniah!
Bila pandang betul-betul dalam gambar atas, adik ni nampak dukung belakng ayah, betul tak?
1 comment:
salam sejahtera, salam 1 malaysia, kalau tuan ada sama mesti lebih seronok sebab ada bahan atau maklumat yang tuan akan sampaikan.
Lepas sesat kat Teluk Cempedak ada pula yang sesat kat Gelanggang Bowling Kuantan Plaza.tq
Post a Comment