Monday, May 24, 2010

Idealisme dan Pemikiran Tun Abdul Razak

Ini adalah tokok tambah daripada hujah YH Dato' Haji Yaakub Isa sewaktu Bicara Buku pada Sabtu minggu lepas tentang Idealisme dan Pemikiran Tun Razak.

Saya mengajak pendidik dan masyarakat Pekan mengimbas kembali jasa Allahyarham Tun Razak kepada orang Pekan dalam pelajaran. Saya ambil satu contoh. Tahun 60an dulu kesedaran ibubapa hendak menghantar anak belajar ke sekolah menengah masih rendah sebabnya kesusahan pengangkutan, kesusahan kewangan dan kurang semangat. Menyedari masalah itu maka Tun Razak mengambil langkah berani menubuhkan sekolah menengah di kampung yang terpencil ketika itu. Maka wujudlah Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (SMRK) Temai, SMRK Ganchong, SMRK Kampung Marhom dan SMRK Ubai. Sekolah ini menumpang di bangunan sekolah rendah. Operasinya berjalan di sebelah petang. Melalui langkah itu kebanyakan anak anak kampung dapat meneruskan pelajaran menengah dan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dengan kos yang rendah. Kawan sekelas dengan saya sewaktu tingkatan empat di SMART tahun 1970 iaitu saudara Othman Sulong belajar di SMRK Kampung Marhom. Kini saudara Othman adalah seorang usahawan bidang kejuruteraan meknikal yang berjaya. Mohamad Karim rakan sekelas saya sewaktu tingkatan enam atas tahun 1973 adalah lepasan SMRK Temai. Apabila asrama SMRK Tanah Putih, SMRK Paloh Hinai, SMRK Pekan(kini SMK Tengku Abdullah) dan SM Ahmad siap beberapa tahun berikutnya maka empat "sekolah kilat" itu ditutup. Kini sahabat saya ini sedang giat membantu merawat pengunjung ke klinik. Ramai lagi... Sebaliknya kampung saya yang jauh dari Chenor hanya 5 orang sahaja lepasan darjah enam dari 25 orang yang menyambung pelajaran ke sekolah menengah tahun 1967, hanya 20% sahaja. Peluang anak-anak kampung Pesagi, Chenor sangat jauh berbeza dengan peluang anak-anak di kampung Temai, Pekan. Cukuplah saya beri satu contoh untuk menyedarkan orang Pekan yang mungkin telah terlupa.

Moralnya?
Jika kita mohon menjadi guru dan diterima, syukurlah. Gunakan peluang itu untuk mengajar anak didik kita bersungguh-sungguh.
Jika kita diberi peluang menjadi Guru Besar atau Pengetua, uruslah sekolah kita dengan sepenuh hati.
Jika kita diberi peluang menjadi PPD? Saya sedang cuba untuk memberi nilai tambah kepada Pengetua, Guru Besar dan guru.
Seorang pemimpin mesti memperlihatkan inovasi dan keberanian dalam amalan dan tindakannya.

5 comments:

kenwooi said...

but that was so long ago. now is.. 1Malaysia! =P

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih.
Sebenarnya kami sedang berbicara kandungan sebuah buku bertajuk Idealsme Dan Pemikiran Tun Razak,448m/s. Banyak idea 1Malaysia dalam buku itu.
Terima kasih jenguk saya kali kedua.

Artika Ibn Sulaiman said...

السلام عليكم
Terima kasih tuan... sejarah mengajar kita tentang kemanusian.. saya tidak mengikuti program resensi pada hari tersebut..walaubagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih pada tuan kerana mengambil inisiatif yang berani dan kreatif, dengan adanya ruangan ini, dapat saya ikuti melalui tulisan tuan... Jauh disudut hati saya.... sesuatu yang baru perlu diterbitkan dan dikongsi bersama,kerana sesuatu resolusi pembaharuan akan tercipta dari hasil usaha ( mental/fizikal) dari mereka yang inginkannya.
Teruskan menulis tuan..tidak perlu risau pada kritikan, idealisme yang baik dan ikhlas..pasti akan disokong oleh orang yang punya kesedaran..Tq tuan

Artika Ibn Sulaiman said...

السلام عليكم tuan,

Pada 30-2 Jun yang lepas saya ada menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh KBS dan Majlis Belia Daerah Pekan.Tajuk kursus macam " sedap" didengar " Kursus Pemimpin Berkaliber" bertempat di RBR. Seronok rasanya diberi peluang untuk menyertai kursus ini, apatah lagi tajuknya aje cukup rasa kita dihargai..Apa yang saya harapkan sepanjang kursus nanti saya akan dapat segala ilmu, pengalaman dan dapat berinteraksi dengan para pemimpin di daerah Pekan dan Rompin. Tetapi apa yang menyedihkan saya, apa yang saya hajatkan tidak kesampaian. Tidak alertnya pihak penganjur terhadap "rukun kursus",attitude peserta, etika pakaian, masa,adab dan tatasusila sebagai seorang muslim. Sebagai seorang manusia biasa, saya sedar dan sangat yakin... semua orang hendak jadi pemimpin. dan kita memang sudah jadi pemimpin pun.dari sekecil-kecil pemimpin( memimpin diri sendiri, keluarga )hingga sebesar-besarnya.Dalam memimpin komuniti sosial, ada memimpin betul2 kerana kepakaran dan komitmennya,ada yang senioritinya,tak kurang juga kerana sikap ampusana-ampusini, tindas-menindas dan sebagainya..yang penting akhirnya jadi pemimpin atau ketua..( saya pilih yang No.1) semua itu lumrah dan fitrah manusia.Tidak semua orang boleh jadi pemimpin walaupun hakikatnya memang ramai yang hendak jadi pemimpin.Yang penting dijadikan panduan adalah WIBAWA seorang pemimpin sepertimana Rasulallah,para sahabat, dan orang yang meniru pimpinannya.
كلكم راعى وكلكم مسؤل عن رعيته

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih Artika
Untuk membina tamadun sesuatu ummah, ada tiga unsur yang mesti dijelmakan iaitu budaya membaca, budaya menulis dan budaya mencipta. Inilah yang mesti kita perjuangkan. Jangan tunggu kita jadi pemimpin negara. Kita pendidiklah yang perlu memulakannya. Kita imbas kembali sewaktu Nabi Muhammat SAW ketika di gua Heraq. Nabi disoal oleh malaekat Jebrel " baca oleh mu..". Lebih kurang begitulah. Kita imbas sejarah. Kita belajar dari sejarah dan kalau Artika percaya, kalau kita semua guru di Pekan bersungguh- sungguh melaksanakan aktiviti budaya membaca secara berterusan, kita akan lihat hasilnya. Bacalah buku sejarah pembentukan negara bangsa Amerika, ada yang boleh kita teladani terutama zaman pemerintahan presiden Wilson sekita 1820an.

Latihan untuk jadi pemimpin yang baik ialah jadilah pengikut yang baik terlebih dahulu. Sebagai guru muda, kita buatlah kerja yang diamanahkan bersungguh-sungguh. Satu hari bila kita diamanah jadi ketua, kita tidak kekok mengajak mengajak anak buah buat sesuatu kerja.

Terima kasih.