Sunday, May 9, 2010

Kursus Physical and Brain Chellenge di Bukit Pelindung

8.30-12.00th, 9 Mei 2010
Kami berkumpul seramai 17 orang (14 orang pegawai PPD dan 3 orang guru) untuk memulakan pendakian. Kami mendaki beramai-ramai, sambil melangkah kami berbual-bual dan bertegur sapa dengan pendaki yang telah turun. Hari ini ramai rakan pendaki dari pasukan Wataniah dan Bomba berlumba-lumba turun. Ini kali keempat saya mendaki BP. Saya mula serasi, tidak terlalu penat tetapi peluh keluar hingga basah baju.
Kami bergambar di puncak.




"Seronoknya belajar di luar kelas ye, kalau masa sekolah dulu cikgu buat macam ni mesti kita dapat semua A+."






Selepas itu saya menerangkan maksud kursus physical and brain chellenge hari ini. Seterusnya Asrul mengedarkan kertas aktiviti. Ada 9 aktiviti, saya membimbing mereka mencari jawapan. Sungguh meriah, semua peserta berbincang mencari jawapan. Selepas 30minit, kami berjalan turun sambil berbincang mencari jawapan.




"Ngapa buat soalan susah amat ni, tak apa aku cuba hingga betul semua, aku anak pahlawan!"




Kursus hari ini mencakup aspek fizikal, aspek intelek dan aspek nilai/moral. Paling penting kami semakin akrab dalam satu pasukan.





"Mari kita bincanglah, tak tahan rasa nak pecah kepala fikir seorang. Pakar mana yang buat soalan macam ni? Sedap juga belajar tepi jalan ye."




Peserta kursus sila beri komen. Ini zaman ICT, komen terus dalam ruangan ini. Terima kasih.

2 comments:

mengkuang said...

masukkanlah gambar tuan..baru menarik..

ictppdpekan said...

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia, tuan, banyak pengajaran dan falsafah yang saya dapat dari kursus tersebut, spt kerjasama dan perlu ada semangat juang untuk berjaya.

kalau boleh buat lagi untuk semua staff ppd pekan.